Lagu

Sunday, 24 March 2013

Mak dan Abah

When I am down and all my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.
You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

#Josh Grogan-You raise me up..

Lagu ni amat bermakna dan saya ingin tujukan lagu ni untuk mak dan abah saya.

Terima Kasih kerana bersusah payah membesarkan saya,sabar melayan karenah saya yang kadang-kadang boleh menaikkan marah anda berdua.
Terima Kasih kerana tidak jemu memberikan kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi kepada saya.
Terima Kasih kerana selalu berada disisi saya ketika susah mahu pun senang.
Terima Kasih kerana memahami saya,sentiasa menyokong saya dalam apa saja situasi.
Terima Kasih selalu ada untuk saya,sebagai penasihat,cikgu,kawan baik dan penghibur yang tiada gantinya.
Terima Kasih kerana menyayangi saya,membesarkan saya dan banyak melakukan pengorbanan,bersusah-payah demi saya sampai lah saya berada di tahap ini.
Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


#Mak,Abah..doakan semoga ateh berjaya mendapatkan segulung ijazah untuk mak dan abah.
  Doakan supaya Ateh dapat menunaikan janji-janji ateh kat mak dengan abah.Dapatkan IR untuk abah dengan mak.

Mungkin berjuta mahu pun berbilion kali saya mengucapkan Terima Kasih tetapi ia tidak setanding dengan apa yang mak dan abah bagi kat saya selama ni.Tak setanding semua pengorbanan yang mak dan abah korbankan untuk saya selama ini.
Saya tak mampu nak balas semua jasa abah dan mak yang ditaburkan untuk saya selama ni,tetapi saya hanya mampu mendoakan kesejahteraan abah dan mak.Semoga Allah memberikan kesihatan dan kesejahteraan kepada abah dan mak.


Thank you for everything that both of you do for me.
Arigato~


No comments:

Post a Comment

Komen je..I tak kesah~