Lagu

Monday, 28 January 2013

Kucing

Saya seorang pencinta kucing dan saya sudah sampai ke tahap gila kucing..Akan tetapi sayangnya saya tak boleh memelihara kucing sediri kerana 2 sebab:
  1. Sebab adik saya mengalami asthma yang tak membenarkan keluarga kami membela kucing.
  2. Sebab saya duduk di asrama universiti dan housemate saya takut dan geli kepada kucing
Jadi,saya hanya menumpang kasih kucing jalanan dan bila balik kampung,saya menumpang kasih kucing sepupu aje.Apa yang best pada kucing?Kucing mempunyai pelbagai aksi yang mencuit hati dan menghiburkan.Inilah buktinya:








Monday, 14 January 2013

Gambar lagi~


Ni adalah gambar yang diambil ketika saya tengah bermain bola dengan adik lelaki saya.Saya sendiri tidak tau apa motif saya menangkap gambar ini tetapi gambar ini gambar ini membawa motif penting iaitu hebatnya ciptaan ALLAH SWT..^^


Ni pemandangan waktu petang di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.^^


Gambar ni gambar yang kedua yang saya ambil menggunakan telefon berkamera saya.^^

Wednesday, 9 January 2013

Gambar pertama~


Ni adalah gambar pertama yang saya tangkap melalui telefon kamera pertama saya iaitu Sony Ericsson W205.Walaupun gambar ni hanya gambar biasa dilihat tetapi gambar ini memberi makna yang mendalam dalam diri saya.^^

Tuesday, 8 January 2013

Semangat


Everything start with hope and dream

Itu sebenarnya kata-kata semangat yang saya pegang daripada saya berumur 15 tahun lagi.Dengan kata-kata semangat ni membantu saya sampai sekarang.Dengan kata semangat ini mendorong saya terus berusaha   mencapai angan-angan saya.Dengan bantuan ALLAH,berkat doa ibubapa,adik beradik saya dan rakan-rakan,angan seorang remaja yang ingin menjadi seorang jurutera kini hampir menjadi kenyataan.
Alhamdulillah.
#Kata-kata semangat ni saya ambil daripada majalah komik yg di ilhamkan oleh kartunis Sireh

Permulaan~

Sebagai permulaan:
Blog ini diwujudkan bukan untuk meraih populariti diri atau pun untuk menjadi popular tetapi saya ingin berkongsi serba sedikit pandangan saya dan serba sedikit cebisan kehidupan saya yang akan saya abadikan dalam bentuk tulisan,cerita dan gambar.
Sekian.